Bantahan dan laporan polis Kontroversi_ucapan_Mat_Sabu_2011

  • a 21 Ogos 2011: Mat Sabu membuat ucapan melabelkan Mat Indera sebagai hero. Bagaimanapun pada 28 Ogos, beliau menyatakan tidak ingat mengenai ucapannya katanya kepada akhbar Sinar Harian. [6]
  • 27 Ogos : Wira negara, Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang anak Langkau (67) melabelkan Mohamad Sabu sebagai pendokong komunis kerana mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong.Sebagai penghasut, beliau patut dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Dia simpati dengan komunis, maknanya dia juga komunis, selayaknya dibuang daerah.[7]
  • 5 September : Berita Harian menyiarkan temubual dengan anak perempuan Allahyarham Koperal Abu Bakar Daud, salah seorang anggota polis yang cedera parah dalam serangan komunis di Bukit Kepong, 61 tahun lalu, yang enggan menemui Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang datang bersama rombongan ke rumahnya di Bandar Baru Uda.[8] HarakahDaily pula melaporkan bahawa Umno halang Mohd Sabu jumpa mangsa Bukit Kepong. [9]
  • 6 September : Laila Abu Bakar (56) anak kepada Koperal Marin Abu Bakar Daud yang cedera dalam peristiwa itu menganggapan ucapan itu amat mengguris perasaan ahli keluarganya dan menghina perjuangan bapanya.Waris, Siti Rokiah Abu Bakar (58) berharap Mat Sabu bertaubat serta kembali ke pangkal jalan. Ketua Kampung Lenga, Abdul Rahim Abbas menganggap kenyataan Mat Sabu itu menghina pasukan keselamatan negara.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa waris yang terguris agar mengemukakan saman terhadap Mat Sabu.[10],
  • 8 September :Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) menghantar surat bantahan di pejabat PAS, Jalan Raja Laut.Presiden PBPM, Shafie Bakri menyatakan Mat Sabu merendahkan dan menghina maruah pasukan.Mereka mendesak Mat Sabu meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden dan mengkaji semula kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat.[11]
  • 8 September : Pengerusi Yayasan Aman Malaysia, Tan Sri Samsuri Arshad yang juga bekas Timbalan Ketua Polis Negara menyeru Mat Sabu menziarahi pusara anggota polis dan sedekahkan fatihah.Sidang media itu disertai bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai (Timbalan Pengerusi Yayasan Aman Malaysia); bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Jamil Johari; bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Zulkifli Abdul Rahman dan bekas Ketua Balai Polis Pagoh, Datuk JJ Raj. Mat Sabu merupakan "rebel rouser" yang mengkagumi Ayatullah Khomeini pencetus Revolusi Iran.Maksud tersiratnya, untuk menjadi seorang hero (wira) adalah membunuh polis dengan cara besar-besaran.[12]
  • 8 September : Bekas pengawal kampung atau homeguard kaum Cina ,Tan Kim Hock (81) menyatakan Jangan mimpilah orang Melayu nak memerintah negara seperti sekarang jika komunis berkuasa.Komunis amat kejam kerana mereka tiada istilah bertolak ansur dan sesiapa yang menentang akan disembelih atau terus ditembak tanpa sebarang perbicaraan. Homeguard, Mohamed Tan Abdullah (82) pernah membunuh 15 komunis semasa bertempur dengan komunis di Kemayan, Triang dan Mengkarak.[13]
  • September : Bekas Pegawai Waran 2, Unit komando Kem Sungai Udang, Melaka, Hussin Mahbeb (62) mahu bukti fizikal dari Mat Sabu bahawa komunis adalah hero sebenar.Tumit kaki kanan beliau sendiri hancur akibat jerangkap samar yang dipasang komunis ketika menyertai Operasi Gubir di Kedah. Kaki kanan Bekas Pegawai Waran Damanhuri Husin (55) hilang akibat terkena jerangkap samar yang dipasang komunis dalam Operasi Selamat Sawedi di Bancan Teret Susu, sempadan Malaysia-Thailand pada 1976.[14]
  • 8 September : Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menggesa Mat Sabu berdebat dengan tokoh sejarah seperti Datuk Prof Dr. Ramlah Adam dan Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman turut menjelaskan siapa sebenar Mat Indera.Sebelum ini Detikdaily melapurkan bahawa Mat Sabu mendakwa sanggup berdebat dengan sesiapa juga.[15], tetapi kemudiannya menolak berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kerana merasakan dirinya hanya selayak berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[16]

Rujukan

WikiPedia: Kontroversi_ucapan_Mat_Sabu_2011 http://www.freemalaysiatoday.com/2011/09/01/karpal... http://www.malaysiakini.com/news/174328 http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Enggant... http://books.google.com.my/books?ei=mFtsTuyODsiGrA... http://books.google.com.my/books?id=orKI2lWi7aIC&p... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt...